Wednesday 18 July 2012

Bersangka baik

Assalamualaikum n hai...


Hari punya tajuk agak islamik sikit..haha..bukan apa..semalam aku ada baca satu artikel pasal ni dekat iluvislam..makcik aku yg share..kalo dia x share x de nya aku nak baca pasal ni..asyik baca pasal jodoh aje kat situ..nak rawat hati yg terluka la katakan..hahaha..ishh3..ok lah..selepas aku baca pasal benda tu, bila aku pikir2 balik, sebenarnya bersangka buruk kat orang tu dah menjadi rutin harian aku..bak kata orang  dah menjadi 'makanan' dah..masyaAllah..walaupun benda tu mostly tak terucap dengan kata2, just terdetik dalam hati sahaja, tetap menjadi dosa...dan..itulah petandanya hati kita tak bersih.

Aku tahu bukan senang nak bersangka baik..kadang2 jugak kita dipengaruhi dengan orang2 disekeliling kita..contohnya:

X  :  aku sedih hari ni pakwe aku x mesej aku langsung
Y  :  alaa..sabarlah..mungkin dia bz..final kn dah dekat, x pun dia xde kredit
X :alasan..1 mesej pun x boleh send ke? xde kredit? alahh boleh je buat kredit advanced..alasan..ntah2 ada pempuan lain tak??
Y  :  errrrrr..a'ah la kan..x kan la bz sangat2 sampai 1 mesej pun xleh bagi kn?pempuan boleh je mesej laki even dia tengah bz gila2 pun..

hurmmm..aku selalu sangat terjebak ngan situasi macam ni...sebab dipengaruhi oleh kata2, langsung kita berubah fikiran..sepatutnya, sebagai kawan kita patut support kawan kita, jangan biar dia terus fikir buruk pasal orang lain..last2 hati sendiri yang sakit..

Hurmm..susahnya nak istiqamah untuk bersangka baik..dugaan kuat..aku sendiri pun memang x leh nak lari dari fikir negatif kat orang even benda tu sekecil zarah sekalipun..Semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk tidak berprasangka buruk kat orang..lets...think positive!

ni ada satu ayat yang aku copy petik dari iluvislam berkaitan ngan tajuk ni

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)

Love,
NR




0 orang menaip:

Blog aku, suka hati aku. Powered by Blogger.
Black Moustache
 
blog template by suckmylolly.com